buku ni aku beli kt tapak konvo USM ke-40 baru2 nih...sebenrnya xrancang pown..ms tu ngah jalan2 ngn member aku...smpai gak gerai buku2 agama..aku msk ler..coz nk beli Al-Quran...da lama niat nk beli...akhirnya termakbul gak..amin..
dalm dok belek2 buku2 kt situ...terjumpa cousin aku..
dier suggest aku baca buku nih...
"kila try baca buku nih...besttt..."
"ye ke...?"
tgk pada tajuk mesti orng akan pikr..buku nih cite bab kawen jerk...
huhu..
sebenarnya...buku nih bukan setakat bab KAWEN...tp merangkumi sume aspek kehidupan..
hubungan kita ngn ALLAH S.WT..
hubungan kita ngn parents...
hubungan kita ngn persekitaran...
n sume lah...
walaupun keluaran buku nih APRIL 2008...aku terkilan gak..y aku xjumper buku nih dr dulu lagi...??
aku suggestkn buku nih..coz cara penyampaian USTAZ HASRIZAL sangat santai n mudah d'fahami...
x borink bebs kalu baca...!!
n yang paling penting...
banyak mafaat yg akan kita dapat....
aku da bis baca buku nih...skunk nk cari yg ke-2 lak...huhu...
hope aku dapt.. (",)
coretan mengenai AKU TERIMA NIKAHNYA...
ATN memberi pesan bagaimana seharusnya konsep perahwinan itu perlu difahami oleh mereka yang berhajat kepadanya.
Ia satu konsep yang teramat penting dalam pembentukan peribadi dan perilaku seorang Muslim - kalau tidak masakan Rasulullah SAW berpesan bahawa perkahwinan itu adalah pelengkap separuh daripada keimanan kita kepada Allah?
Ramai yang melihat perkahwinan sebagai tiket untuk menghalalkan persetubuhan. Namun, perkahwinan membawa maksud yang lebih jauh daripada itu. Kehalalan hubungan intim itu tidak lebih daripada "perks of a marriage".
Selebihnya ia menuntut kesefahaman, keterbukaan, saling menyokong antara satu sama lain demi menempa satu maksud yang maha mulia - Mencari dan menuju keredhaan Allah SWT.
Perkahwinan juga adalah satu usaha dalam memberi nilai tambah kepada perhubungan manusia dengan Allah - fitrah manusia untuk berpasangan, serta perhubungan manusia dengan manusia - meluaskan perhubungan persaudaraan melalui perkahiwinan.
Ia adalah satu madrasah yang boleh mendidik manusia bagaimana untuk memperelokkan muamalat sesama insan, yang terhias bersama adab-adab yang manis - perhatikan bagaimana dianjurkan proses merisik, bertunang dan berkahwin. Yang lebih penting, madrasah tadi berupaya melahirkan graduan-graduan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Perkahwinan bagi mereka yang telah memperolehinya adalah antara nikmat terbesar yang dianugerahkan Allah. Bajailah ia dengan penuh kemurnian dan kesempurnaan Islam itu. Apabila berkahwin, anda telah mendapat separuh daripada iman - yang mana separuh lagi perlu anda cari dengan amal soleh yang lain. Sentiasa bersyukur.
Bagi yang belum bertemu jodoh (nasihat untuk diri saya juga) - ingatlah, bahawa Allah tidak pernah mungkir dengan kata-kataNya bahawa manusia ini diciptakan berpasang-pasangan. Pohonlah janji Allah itu lewat munajat kita. Kalau sampai saat ini belum ketemu, ketahuilah bahawa Allah masih mahu mendidik kita supaya kita lebih bersedia apabila tiba masanya.
Jangan bersedih...
No comments:
Post a Comment