Followers

18 April 2014

full story about kakak

assalammualaikum...
malam ini kila nak kongsi pengalaman kila..dimana kila rasa inilah cabaran yg kuat sepanjang kila bergelar ibu..
kila xsangka, demam yang kakak alami membawa ke tahap yg serius..
mungkin ada sesetengah pihak BERANGGAPAN kila dan suami xpeka atau x ambil berat hal anak2..

DEMI ALLAH..kesihatan anak2 la yg kila paling utamakan..pantang demam,selsema..segera kila dan suami bawa ke klinik..kami xakan biar berlarutan.
cuma kali ini..siapa kita sebagai manusia nak menidakkan kehendak-Nya..

kakak sempat ke sekolah hanya 3 hari..hari ke-4 kakak da mula demam..balik dari sekolah..terus malam itu juga kami ke klinik panel POLIKLINIK AZHAR & RAKAN-RAKAN.
Tetapi ketika itu kakak beransur ok..
tapi entah kenapa..bermula dari situ juga demam kakak xmenentu..bila tiba waktu malam..demam kakak makin serius..pernah paling tinggi 39 darjah celcius!
kila dan suami bawa pula ke UNIT KECEMASAN HOSPITAL BALIK PULAU...semasa itu kakak mula batuk2...namun demam masih ada.
doc lakukan x-ray..ya..memang di paru-paru kakak ada kahak..kakak diberi nebulizer..
then doc bgtau kakak perlu admit...coz perlu pemeriksaan lanjut..tapi disitu kami agak kecewa..kerana selepas itu doc ragu2 pula nak kakak masuk wad..asben kila berkeras mahu kakak di admit juga coz demi kesihatan kakak.
kami admit wad pada pukul 12pm.

sepanjang di wad, kakak diberi HANYA ubat demam, 4 jam sekali ambil darah..no action pada batuk2 kakak..no ANTIBIOTIK diberi!
kesihatan kakak makin xmenentu..demam xjuga surut.
hanya dipantau DARAH sahaja...kami diberitahu kakak SUSPEK DENGGI.
hati ibu mana yang xsusah hati...mana xrunsing..
selepas 3 hari...kami dibernarkan pulang..kami diberitahu darah kakak ok!
kila bertanya pada doc..tiada rawatan susulan ke??
doc kata TIADA.

PELIK okeh!
balik rumah..kakak still demam.
pening kepala bila fikirkan perkara ini.
BUNTU.

Kami ke HOPE Specialist pula..
doc distu agak terkejut bila kami ceritakan hal kakak..dia memberitahu..di paru-paru kakak seakan ada kahak yg kuat..dia cadangkan kami treatment nebulizer selama 3 hari berturut-turut..coz untuk admit disitu kami xmampu sebab NO INSURANCE. =(

Berbekalkan ubat yg diberi..kakak on off demam...kami berubat cara kampung pula..apa saja cadangan diberi oleh family dan rakan2 kami pergi untuk dapatkan rawatan.

Finally..kawan kila di ofis cadangkan ke HOSPITAL LAM WAH EE,rujuk kepada Dr.Tan Eng Guan.
kebetulan malam itu, klinik doc tersebut open dari pukul 6pm-9pm.
selepas magrib kami segera ke sana (27/3/2014)
Dr. Tan memeriksa kakak..dia pelik coz dia rasa ada sesuatu yang dia perlu rawat  kakak.
kakak perlu admit malam itu juga.

Pasal wang ringgit?
jangan ditanya..kerana ibu bapa mana pon didunia ini sanggup berhabis demi anak2!

Disana LWE la..segala nya bermula...

siapa sangka...rupanya perkara ini telah memberi implikasi pada PARU-PARU kakak..
pada 2/4/2014..doc panggil kila..memang hati kila rasa xsedap..
saat doc tunjuk pic hasil xray..saat itu kila rasa nak rebah depan tu juga..
doc tunjuk terdapat gumpalan nanah/kahak disebelah kiri bahagian bawah paru-paru..
dimana disitu lah kuman2 sudah 'attack' antibodi kakak..
dan perlu pembedahan segera untuk selamatkan kakak

saat kuar dari bilik doc..kila papah kakak..coz kakak da xlarat..
kila call asben bgtau perkara ini..xsangka kami akan lalui dugaan ini..kila kuatkan hati..
xnangis depan kakak!

bila asben sampai...kebetulan kakak tido..saat itu juga kila nangis..kila xmampu nak tanggung kesedihan saat itu...macam2 perkara kila fikir..kenapa ini yang terjadi..?
kenapa kakak yg harus hadapi ini semua?
doc pakar bedah datang malam itu juga..menerangkan kepada kami apa tindakan yg akan mereka lakukan.
doc bius datang memeriksa kakak..
keesokan kakak perlu pembedahan pada pukul 1.30pm.
doc klasifikasi kan sebagai 'pneumonia lung cancer".

malam itu..kila peluk kakak seerat yg mungkin..beri kata2 semangat pada kakak..
kakak seolah tahu..
dia pegang jari kila..dan kila minta dia janji..kakak kena sembuh ok!
kakak engguk..
seperti yg kila bgtau..kila TAK AKAN nangis depan kakak!
malam itu...saat kakak da tido..ALLAH saja yg tahu..
kila nangis..kila merintih..mohon pada ALLAH..kuatkan hati kila menerima ini semua.
mohon ALLAH selamatkan anak kila.

esok pagi..kami seolah tak mahu fikir apa yang akan dilalui sedikit masa lagi..
bila tiba waktu itu..hati ibu ni..makin xtahan..tapi kila gagahkan juga..kasi semangat pada kakak..
kakak pegang jari kila sepanjang nk ke billik pembedahan...
kakak diberi ubat bius..

antara sedar dan xsedar..kakak still pegang jari kila..
bila sampai waktu..kila perlu lepaskan kakak..saat itu...kakak berkata ''IBU..jangan tinggal kakak"..
ketika itu..nak saja kila tarik kakak..nak saja kila jerit sekuat hati..
tapi..
KILA TAK NANGIS!
kila katakan pada kakak..'KAKAK KUATKAN.."..NANTI KAKAK SEMBUH KITA GI JALAN2..KITA GI TAMAN MAINAN"

bila kakak ditolak masuk ke OPERATING ROOM..kila peluk asben..akhirnya..
pecah juga airmata ini..saat itu..kila rasa kila da gagal jd IBU..kila rasa kila amat bersalah..amat2..

selama 2 jam kakak di OT..kakak dibawa keluar..
ALLAH..kuatkn aku..

disaat pertama kali lihat kakak...ALLAHUAKBAR..anak ku..





hanya ALLAH saja tempat mengadu..
kila berusaha untuk tidak tunjuk kesedihan pada kakak..
x setitik airmata kila tunjuk pada dia..
sebab apa?
sebab kila nk kakak kuat..kila xmo kakak patah semangat..
alhamdulillah..kakak memang anak yg kuat..
dia seolah tahu apa yg terjadi pada dia..

sepanjang di ICU..xputus kila berdoa..mohon diberi kekuatan pada kakak untuk dia hadapi apa yg telah terjadi pada dia.

hari ke-4..kakak dibenarkan  ke wad biasa...alhamdulillah..ALLAH permudahkan segalanya..
kos?
hampir cecah RM22k..
apalah sgt jika nak dibandingkan dengan nyawa kakak..
kila xkisah!
biar susah..biar mcm mn sekalipon..
duit boleh cari..tapi anak...

today sudah hampir seminggu perkara ini berlalu..
terasa seolah mimpi apa yang terjadi..
serik?
kila serik..takot semua ada..
bila tgk kakak da aktif semula..kila bersyukur sgt...
ALLAH uji kami..sebb sayang kami..
mahu kami belajar sesuatu..

ya..benar..
ada hikmah disebaliknya...

tq kepada semua yang mendoakan kakak..tq kepada yang memberi sumbangan..yg beri semangat..
tq..tq..tq..
jasa anda hanya ALLAH yang mampu balas..amin


terubat segalanya..
mereka kesayangan saya dunia akhirat
=)

tq ALLAH..
tq semua..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...