Followers

22 January 2016

alhamdulillah..

syukur ku panjatkan pada Yang Maha Berkuasa..
kerana DIA selayaknya kita ingati setiap langkah kehidupan kita..

benar ALLAH mengikut sangkaan hambanya..
mintalah apa saja..dengan ikhlas..nescaya DIA makbulkan.

Pembuka 2016

kila dan suami diberikan sekali lagi peluang untuk merasai kehadiran 'orang baru'
alhamdulillah...usia kandungan kila sekarang sudah 7 minggu..Doakan semoga kesihatan kila dan baby dipelihara oleh ALLAH sebaiknya..amin.amin.
Semoga anak ke-3 kila ini diberi kesihatan yg baik dan ALLAH permudahkan urusan kila untuk bersalin kelak.amin.

Perkhabaran yang baru kila dan suami terima, permohonan pembinaan rumah kami insyaALLAH diluluskan..sekiranya tiada aral melintang..lagi 2 bulan, pembinaan akan dijalankan..MasyaALLAH..sepantas ini ALLAH khabarkan berita baik ini.

terharu...bersyukur..sedih campur gembira kerana ALLAH permudahkan segalanya..
serahkan lah segala urusan kita pada-NYA..dan ALLAH akan 'bawa' segala hala tuju kita.

Jika belum menerima apa yg kita hajati..jangan henti berdoa..teruskan..teruskan berdoa.
bergantung harap pada ALLAH.










21 December 2015

kebahagiaan

dalam hidup ini semua orang nak bahagia..
baik yg kaya,yg miskin...semua nak bahagia..
termasuklah diri kila sendiri...
tercari-cari nak bahagia..
bila ada duit banyakkk..bahagia ke?
mybe ada yg duit banyak akn rasa bahagia..tp bahagia yg bagaimana ya..?
kadang kita tak tau nak describe bahagia tu rasa macam mana..

semua kalo boleh nk rasa bahagia bila dalam keadaan senang mahupon dalam susah.
ni tips kila nak kongsi apa yg kila tahu..

----->> kebahagiaan akan kita dapat bila HATI kita mengenal ALLAH.

ya..cuba lah kawan2..
kila da rasa..anda bila lagi?
tak perlu nk tunggu ESOK LUSA nak rasa bahagia..
saat ini pon boleh..
kuatkan diri..
bukan mudah nak berubah, tp xsusah bila dah berubah.
masa tak tunggu kita..
kematian kita semakin dekat..cuma waktu dan ketika saja yg tidak kita ketahui.

tips untuk merubah diri,simple.
1)Solat..jaga hubungan kita dengan ALLAH..
-jangan tinggal 5 waktu yang telah diamanahkan pada kita.sesakali jangan.ini perkara pertama yg akan ALLAH akan soal kita di akhirat kelak. sama2 kita perbaiki ya..

2) ubah diri kita dulu sebelum kita niat nak ubah orang.
-ubah penampilan kita,tutup aurat..sbg isteri, ingat..dosa kita suami tanggung..kesian suami kan..
dosa dia pon dia tak tertanggung, tambah pula dosa kita..ALLAHUAKBAR..
inilah perkara pertama yg kila buat..mula2 memang rasa xselesa, rasa org pandang semacam ja..hihi
alhamdulillah..kila rasa tenang dgn keadaan sekarang..belum rasanya menutup sepenuhnya..kila masih belajar..yg sepatutnya tutup..kita tutup ya.
insyaALLAH..perkara baik selalu ALLAH tolong kita..

3)belajar dari kesilapan.
-merenung kembali salah silap kita yg dulu..hubungan kita dengan mak ayah,suami,isteri,kawan2, dan sekeliling kita.
sbg isteri..cuba renung kesalahan kita pada suami..benar, kadangkala suami kita tak spt yg kita impikan..tp itulah suami kita..yg telah ALLAH kurniakan pada kita...saham akhirat kita..
suami adalah syurga kita, yg ini kita tak boleh nafikan..selagi suami tidak melanggar batas agama..kita WAJIB taati dia.
-mak dan ayah...redhanya mereka, maka redhalah ALLAH pada kita. selagi kita mampu berbakti pada mereka.kita teruskan lah..keberkatan hidup kita adalah dari mereka.moga kila juga dapat berbuat kebaikan pada mak kila selagi hidup diberi ALLAH. AMIN2.
-jangan sakiti hati orang. bila kita sakitkan hati org..mereka akan doa yg tak baik buat kita.
ini juga sedaya upaya kita perbaiki ya..


bukan nk kata diri ini baik..tp sedaya upaya nk berubah jd lebih baik.

semoga sedikit perkongsian ini..dapat manafaat untuk kawan2 semua,.





02 December 2015

jom sedekah !

Setiap kali kita berinfaq atau kita bersedeqah, sebenarnya kita sedang melakukan segala kebaikan dan infaq itu kepada diri kita sendiri, di akhirat nanti kita akan melihat rimbunan pahala dari infaq kita itu, bagi sesiapa yang beriman kepadaNya dan hari akhirat, sudah pasti ia akan berlumba lumba untuk melakukanNya. Yakinlah adanya hari akhirat!
by -Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

jom derma semampu yg kita boleh : http://matancentre.com/derma/


26 November 2015

CALIPH SUNNAH SUPPLEMENT available here !!

Caliph Sunnah Supplement 



Caliph Jus Minda merupakan suplement untuk anak anda yang berasaskan makanan Sunnah dan dihasilkan dalam bentuk cecair yang memudahkan pengambilan. 
Rasa Mix Berry yang masam-masam manis pasti akan menjadi kegemaran si cilik anda. 
Diformulasikan khusus untuk perkembangan minda di samping memelihara kesihatan dalaman dan luaran anak anda.

Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah.. 

Cara Pengambilan Jus Caliph - Sunnah Supplement For Kids :
1 hingga 3 Tahun - ½ sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur. 
4 hingga 6 Tahun - 1 sudu kecil (5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur. 
6 Tahun ke atas – 1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur.



[ 7 PERKARA WAJIB YG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BELI CALIPH ]
.
1) Meningkatkan antibodi
2) Meningkatkan kecerdasan minda
3) Membantu tumbesaran 
4) Mengekalkan kesihatan
5) Mengelakkan sembelit
6) Meningkatkan fokus
7) Mempunyai kandungan 6 Buah Hebat yg memberi impak tinggi kpd sesiapa yg mengamalkannya

Ingat dan Ingat! Caliph ni bukannya ubat tau. Caliph ni makanan tambahan yg mengandungi buah buahan sunnah yg sedap, berkhasiat dan sihat! .
Rasa Caliph sgt digilai kanak2 di Malaysia. Mana taknya, rasa pun manis2 buah. Pastu ditambah dgn bahan mix berry flavour. Mmg sedap teramat la! Nyummy!! .
Senang cerita dah ramai yg grab dan dapat hasil yg memuaskan!
.
.
Fast Action, Fast Result.!
Sms/Whatsapp ‘Caliph’ ke 016-4677927 utk Special Price .
COD Penang : USM & BALIK PULAU


anak kil pon sukeee ....


ni antara testimoni customer yg beli dari kila..alhamdulillah...





.

22 October 2015

HIDAYAH ALLAH..

hidayah adalah milik ALLAH..
Kita tak punya ia..
tapi USAHA adalah milik kita..
InsyaALLAH..segalanya ALLAH permudahkan...

benar..ALLAH mengikut sangkaan hamba-NYA...

Td kila semak semula 101 impian kila yg kila tulis sebelum ini..
ya ALLAH..benar..ada yg telah kila capai..cuma xsedar sebelum ini..
MasyaALLAH..

Semoga hari demi hari kita semakin dekat dengan ALLAH..
sentiasa kuat menghadapi cabaran dan dugaan dari-NYA..kerana kita tidak akn sunyi diuji-Nya..
kerana setiap apa yg terjadi dalam hidup kita..adalah tanda ALLAH mahu kita tingkatkan lagi kasih sayang kita pada-NYA..

Bila kita semakin hari..semakin tak tentu arah,
hidup tiada ketenangan, celaru..kembalilah kepada ALLAH..
Kembali pada-NYA..disitu temui apa yg kita cari.

kuatkan hati..kuatkan hati....
bila kita ingat ALLAH segalanya akan jadi mudah...




08 September 2015

'Janji Allah SWT itu pasti.'

repost FB dari kenalan kolej dulu.

Benarlah apa yg dijanjikn, kalau bkn di dunia, pasti dibalas di akhirat sana. Buatlah kebaikan tanpa mharap balasan, tanpa memilih kenalan sbb mgkn dgn sekecil2 kbaikn itu mjadi asbab utk kita mlangkah ke Jannatul Firdhaus.
"Jika kita melakukan kebaikan kepada orang lain, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang setimpal & In Shaa Allah, Allah akan menggerakkan hati-hati hambaNYA yang lain untuk berbuat baik kepada kita di waktu yang kita sendiri tidak jangkakan."
"Janganlah kita menjadi seperti lalang. Apabila manusia berbuat baik, kita membalas kebaikan. Apabila manusia berbuat jahat, kita membalas kejahatan. Jadilah orang yang istiqomah berbuat baik, tetap memberi kebaikan & membalas kebaikan kepada orang yang berbuat baik & jahat kepada kita."
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah & hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), & bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr: 59:18]
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya." [Az-Zalzalah; 99:7]

Kita tak tahu bila kita 'dipanggil' kembali...
walau apa jua yang kita lakukan..kematian perlu diingat selalu.
hati masih gelisah..kerana terasa banyak dosa.
Ya Allah..moga terimalah ibadatku..amin.




03 September 2015

ketenangan

semakin hari..umur semakin meningkat..
dan semakin hari juga..kematian semakin dekat...
apakah bekalan yg telah tersedia?

cukup sediakah diri ini?
Sungguh  kila tertanya..apakah bekalan yang dilakukan di dunia ini cukup untuk kila bawa menemui ALLAH nanti?
terkadang air mata ini mengalir tanpa sebab..kerana merasakan diri ini TERLAMPAU banyak dosa.
tiap kali solat..terasa xcukup kemaafan yang dipohon pada ALLAH..
selama ini banyak kenikmatan yang ALLAH beri..tp terasa sgt tak cukup BERTERIMA KASIH pada ALLAH..
jahilnyaaaa ketika itu...

selama ini tercari kebahagiaan..tercari ketenangan...
saat diuji..kila da lalui pelbagai ujian dari ALLAH..
anak sakit, kereta rosak, hilang kawan,dihentam mcm2..kebocoran wang..sehinggakan kila terduduk ! menangis apa salah silap.
akhirnya kila temui...salahnya biarlah kita sedari dari diri kita sendiri..
disaat ini pon kila masih lalui dugaan..namun lebih matang.
apa yg kila lakukan?
kila dekatkan diri dengan ALLAH. itu saja. dan itulah yg terbaik.
bila kita ingat ALLAH..ALLAH lebih-lebih ingatkan kita..
bila rasa stress dan sakit hati..kila solat kila nangis betul2 depan ALLAH..mengadu segala-galanya..
takmo sakiti hati sesiapa..apatah lagi org yang kita sayang..

hidup perlu diteruskan selagi nyawa ALLAH berikan..

untuk lebih hati tenang:-
*maafkan semua orang
*perbaiki diri-solat,puasa,ganti solat
*taat pada ibu dan ayah-jgn sakiti hati mereka
*sentiasa bergantung pada ALLAH.

Kila masih belajar..dan mahu belajar..belajar mencari erti kehidupan..yang bekalannya nak dibawa bertemu ALLAH nanti.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...