Followers

26 August 2015

kolam jiwa (hati)

Salam semua
Bukan mudah nak jaga kolam jiwa. Banyak perkara di dalam diri dan di keliling kita yang mampu mencemarnya. Apa yang kita lihat, dengar, baca, sebut, fikir boleh mempengaruhinya.
Jiwa yang sakit akan sakit hati melihat semua perkara yang orang lain lakukan. Jiwa yang tenang akan fokus perbaiki diri.

Bila kita lihat keburukan pada semua perkara, belum tentu ianya benar-benar buruk. Ia mungkin baik untuk kita. Bila kita lihat sesuatu itu baik, belum tentu ianya baik, kerana ia mungkin buruk kepada kita. - Petikan dari salah satu ayat Al-Quran, tak ingat ayat mana.

Tapis akal dan hati. Bukan semua benda keliling kita yang negatif yang perlu kita masukkan dalam jiwa kita. Ia akan mempengaruhi diri dan hidup kita. Kuasai minda kita. Ini zaman teknologi dan kita dipengaruhi untuk berfikir mengikut apa yang musuh mahu kita fikirkan.

Tuhan benar benar mengikut sangkaan hambaNya. Itu adalah benar dan saya yakini Insya Allah. Kita lama-lama akan berada di dalam keadaan yang kita sentiasa sangka.
Bagi yang ingin lihat jiwanya tenang, peliharalah kolam jiwa. Orang yang jiwanya tenang akan menang Insya Allah. Dunia akhirat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...