Followers

26 August 2015

kolam jiwa (hati)

Salam semua
Bukan mudah nak jaga kolam jiwa. Banyak perkara di dalam diri dan di keliling kita yang mampu mencemarnya. Apa yang kita lihat, dengar, baca, sebut, fikir boleh mempengaruhinya.
Jiwa yang sakit akan sakit hati melihat semua perkara yang orang lain lakukan. Jiwa yang tenang akan fokus perbaiki diri.

Bila kita lihat keburukan pada semua perkara, belum tentu ianya benar-benar buruk. Ia mungkin baik untuk kita. Bila kita lihat sesuatu itu baik, belum tentu ianya baik, kerana ia mungkin buruk kepada kita. - Petikan dari salah satu ayat Al-Quran, tak ingat ayat mana.

Tapis akal dan hati. Bukan semua benda keliling kita yang negatif yang perlu kita masukkan dalam jiwa kita. Ia akan mempengaruhi diri dan hidup kita. Kuasai minda kita. Ini zaman teknologi dan kita dipengaruhi untuk berfikir mengikut apa yang musuh mahu kita fikirkan.

Tuhan benar benar mengikut sangkaan hambaNya. Itu adalah benar dan saya yakini Insya Allah. Kita lama-lama akan berada di dalam keadaan yang kita sentiasa sangka.
Bagi yang ingin lihat jiwanya tenang, peliharalah kolam jiwa. Orang yang jiwanya tenang akan menang Insya Allah. Dunia akhirat.

08 August 2015

INSTANT 2 MUKA PLAIN

now ni la favourite shawl yang kila pakai..
alhamdulillah..made from my sahabat sendiri..
senang pakai dan bentuk...
yang penting menutupi aurat.

pada yang nak dapatkan..boleh whatsapp kila 0164677927
ada banyak colour yang cantik2..
insyaALLAH akan suka bila pakai.

Instant Dua Muka
material : mosscrepe & lyra cotton
for order : PM FB @ whatsapp kila 0164677927




colour2 yang available for mosscrepe
price RM 50



colour2 yang available for lyra cotton
PRICE : RM 45




open house

alhamdulillah..
rezeki hari ini..ada 2 jemputan rumah terbuka hari ini.
kenyang kami.
dah la teringin mam ketupat..sekali tgk ada...ohh tidak..!
itu dulu yg dimakan..kihkih.
moga tuan rumah dilimpahi rezeki lagi melimpah ruah..
encik somi sampai geleng tgk kila mam..hahahaha..
takpa2..nanti diet...hahaha
sebab kita penuhi jemputan, maka tak elok kita mcm dingin xmakan ..
(hahaha)

esok pon ada lagi..so weekend ni rezeki makan jaaa...
alhamdulillah..

selfie dengan anak buah yang comel sesangat..baby mawar..
insyaALLAH andai diberi rezeki tambah zuriat lagi..terima seadanya...anak kan pembawa rezeki..selama ni pon tumpang rezeki anak2 :-)


renungan :
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”
(Riwayat at-Thabrani)

07 August 2015

tak kuat..

ngah view FB..terpandang posting sorang member..dia cita sal sorang anak berusia 4tahun yang menghadapi sakit kanser stage 4.
Allahuakbar..
tak tergambar perasaan..
hati kila jatuh terus..kila dapat rasakan kepayahan parents anak ni..semoga mereka kuat mengadapi ujian ini.

dia da menjalani rawatan kimo sebanyak 7x da..then bulan 8 ni pon still continue kimo coz kanser kuman tu still ada dalam badan anak ni.tapi kesan dari rawatan itu..doctor sahkan saraf telinga anak ini rosak teruk..so anak ni xbole bercakap dengan clear..still cakap pelat dan pekak..
Allahuakbar..
now parents anak ini memerlukan rm 6800 untuk buat alat pendengaran untuk anak ini.
dan paling membuat kila sedih..doktor sahkan kesembuhan untuk anak ini tipis..

berat nya apa yang mereka lalui..
semoga apa yang mereka lalui..dipermudahkan..
diringankan beban mereka..

Berkat hari Jumaat ini..Penghulu Segala Hari.
marilah kita sama2 berdoa dan bersedekah setakat yang termampu pada anak ini..
Dengan bersedekah, kita akan dimurahkan rezeki lagi...amin

segala bantuan bolehlah disalurkan seperti dibawah ini :-

Kalau ada yang tau mana-mana sumber yang bantu keluarga anak ini dapatkan bantuan alat pendengaran tu,

Boleh direct email : safiyyahosman@gmail.com
Atau 
Whatsapp +60192609886 (safiyyah)

utk derma duit kepada adam,sila refer detail dibawah.
Pada yang ingin menderma sedikit duit ringgit,boleh masukkan ke acc dibawah :

Ni no acc :- Bank : Maybank
    A/c No : 512370401004
    A/c holder name : Nur Safiyyah Binti Osman
Tolong tulis dekat recipient reference : Derma Adam.







“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”(Qs. Al Hadid: 18)






06 August 2015

istiqhomah

Assalammualaikum..
alhamdulillah..
alhamdulillah..baru2 ni anak syurga kila sakit..
dimasukkan ke wad 5 hari di GH Penang.
admit 31/7..discharge 4/8
bila anak sakit..ibu pon turut 'sakit'..tapi 'sakit' ibu lagi teruk dari anak..
sapa yg jadi ibu faham la kan apa yg kila rasa kan..

anak sulung kila.
bila dia sakit..tersangatlah risau.
sebab dia ada kes lastyear..
5 hari ulang alik dari rumah ke ofis..ofis ke hospital..pusing balik gi ofis then hospital semula..last baru rumah.
kalau ikot serabut..mesti serabut kan..
tapi..alhamdulillah..sebab kila diberi kudrat yang kuat, di otak..kila memang set mind kila.
POSITIF.

Alhamdulillah..kila rasa tenang..

nak kongsi ajaib dan mujarabnya doa seorang Ibu.
hari ke-3 anak di hospital..kahak dia still ada dan dengar 'kepenantan' di sebelah paru2 kanan..
dia pon xberapa nak bermaya.

apa yang kila buat?
tiada yang lain..hanya solat dhuha & solat hajat.
bersungguh-sungguh kila memohon ALLAH bantu kila..bantu anak kila.
kila bergantung hanya pada-NYA.
sungguh2.
cuba dan rasai kenikmatan yang ALLAH janjikan.

keesokkannya..apa yang anak kila alami semakin baik..dia semakin selera dan ceria.
dalam masa 1 hari.
benar..bila kita mengharap dari DIA..tiada yang mustahil..cuma kita kekadang jahil.
tak yakin.
begitu juga dengan kila.

setiap apa yang berlaku..sememangnya ada hikmahnya..
:-)

Syukur pada Allah..
Kerna Dia Maha Penyembuh..
Tiada pertolongan selain izin dari-Nya..


#syakilashuhaimi
#kisahsukadukaku
#syazbabykidswear




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...