Followers

08 December 2010

tanDA-TanDA hampIR BersALin


Apakah tanda-tanda hampir bersalin?
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
-sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
-kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
-sakit perut, memulas
-kerap buang air besar
-kerap terkentut



Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir



-Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
-Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.



Sakit belakang



-Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
-Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
-Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
-Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.



Pecah air ketuban



-Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis



-Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
-Kontraksi yang tetap dan berterusan
-Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.





skunk kila cume rasa sengal2 kt pewot..kaki memang sakit..n de member tegur muka,hidung n mata kila bengkak..tu salah 1 tanda2 da hampir bersalin...ye ke?..gulp!..yang penting kila harap kesihatan kila n my bb sentiasa ok..amin..



bb ibu...de lagik 24 days to go ibu nk jumper bb...moga bb kuar t ngn baik ek..(pesanan ni slalu kila ckp kt bb...smbil urut2 pewot..hikhik)




shhh!!~moga ALLAH s.w.t permudahkan segala urusan kila..amin


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...