Followers

31 December 2010

baBy..

alhamdulillah..kila selamat bersalin bb gurl secara normal,NUR AZRA QALEESYA..berat 3.2kg di Hospital Bersalin Penang pada 26/12/2010 jam 4.21 am..

syukur yg tak terhingga kepada ALLAH S.W.T kerana memberi kila peluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu...
thanks a lot pada nurse2 di Labour Room yg sgt2 beri support pada kila..hikhik..
n thanks a lots 4 my lovely asben yg sentiasa disisi memberi sokongan masa lam labour room n masa kila nk 'push'..thanks sayang....

sakit ke bersalin??sakit gak...sakit yg xtau nk ckp..tp bila tgk bb..hilang trs rasa sakit.. ^_____________^



t kila update cite mcm mn kila bersalin.k.


shhh!!~kata2 asben selepas kila bersalin "terima kasih sayang sbb lahirkan anak abang..."
so sweett...terharu yunk!

23 December 2010

39 weeks..1 weeks to go..!!


genap sudah 39 weeks kila pegnen..de 1 weeks jerk lagik..setkt nih xder lagi tanda2 nak bersalin..cuma bb jerk..makin aktif lak dier...hikhik..bb nk kuar la kot...wink..wink..kila cume kekadang de rasa something kat bawah nih...rasa ditekan-tekan..gulp!

kila da amalkan minum air akar siti fatimah..start 2 minggu lepas..malam2 b4 tido sapu minyak selusuh lak..n kila jugak amalkan makan bendi..petua orang tua2 nak bg senang bersalin..
hope sgt d'permudahkan segalanya...amin.

sok kila de checkup di Hospital Bersalin..hope sume ok...
asben kila pon da xsabo nk tgk bb..yg lawak nyer..asben kila xcaya dier nk jd ayah da...eheks!

member2 opis pon dok tnyer2..bila lagik nih??rileks la kawan2..due date kila kan 1/1/2011..
de 1 weeks lagik..just wait n see.k.



shhh!!~ketika artikel ini ditulis..bb kila aktif sgt..moga ALLAH s.w.t permudahkan segala hal..amin.

sEt BerSaLin..




setelah pening nak wat pilihan untuk set bersalin..lastly kila wat keputusan tuk bli set bersalin HPA..ni pon suggestion dari kawan kila..mula2 pk ingt nk beli pas bersalin..tp bila pk2..time bila nyer nk beli..nk suwoh asben..kang dier xtau lak..so..setelah kila surve tenet mengenai produk HPA nih..kila puas ati la..


price pon leh tahan...xmahal sgt..mcm set bersalin lain..
kila beli skali ngn bengkung..penting uuu...tuk kembali normal..hahaha..nak maintain balik mcm zaman anak dara dulu....(boley kew???)


so..kila just standby pe yg ptt...ingt nk bli rempah mandi keluaran MAK DARA..Insyaallah.


INFO MENGENAI SET BERSALIN HPA:

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

INFO TAMBAHAN :
1. Ubat Periuk (4 bunjut)-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

shhh!!~sok nak gi bli katil bb..

22 December 2010

kendUri-kenDara..

skunk ujung2 tahun ni..memang musim orang kawen...ramai member2 kila yg kawen..kenduri kila last year pon..bln 12 gak...hikhik..(nak jugak kasi tau....huhu..)

yang mana sempat kila attend..sempat la...de yang kila xble nk attend...nk wt mcm mn...mcm2 aktiviti ujung2 thn nih...

so...bila gi kenduri..sempat la jumper kengkawan lama...sonok2..



aida n danny...kila xdapat attend your wedding..sori sesangat...

ni la kengkawan skolah kila dulu....tp yg sayang nyerkk..diorang datang lambat...xsempt nk jumper...kila da blk..coz kezen bertunang ari yg sama gak...huhu..
hope next time leh jumper korang lg...

^_^




jumper nisa...masa kenduri mazura wedding..




p/s :



AIDA NURDIANA & DANNY serta MAZURA & SUAMI

"selamat pengantin baru..semoga kekal hingga ke akhir hayat...semoga sabar dalam menempuhi alam perkahwinan...hepi2 selalu...muaaaxx!!"







shhh!!~sempat lg jejalan makan kenduri ngn keadaan begini...hikhik..

20 December 2010

enggaMent kAKngah a.k.a my kezen...


19/12/2010-my kezen merangkap anak pakngah kila telah selamat bertunang ngn pilihan ati dier...eceH!..congrats!..tingat masa kila n asben bertunang dulu..serba pink uuu...now kila da pegnen da...hikhik...so..yg best nyerk mesti la makanan hasil air tangan makngah kila...memang super duper sedaaaappp...2x kila mam laksa..2x kila mam bubur kacang...auw!...terlebih sudey..hikhik..

pe leh wat..pas ni da xble mam da..kena pantang...

^_^






buat k.ngah n en.tunang...
congrats ek..!
semoga cepat2 tawen eks...
^_^



shhh!!-next year kalo g kenduri...kila da de 'handbag extra'...bb ler...hikhik..

19 December 2010

cUti-cUti (^_^)


this week bnyk aktiviti yg telah d'rancang...fam seblh asben kila wat family vacation di BaYu
eMAS@bAtU Feringgi..3 ari 2 malam...best gak...so malam sabtu kila n asben pas keje trs gerak gi sana...my mother in law n adik2 ipar kila da de siap2 disana...kami sewa 2 apartment..not bad..giler punyer sejukkk...rasa mcm kt oversea lak...hikhik..asben sampai kena selsema..kila lak lastday kt sana br kena selsema...takot gak melarat sampai demam ke...cian bb...

exceli..kila sebenrnya konpius nk gi atau x gi sana...ye la..ngn keadaan kila yg ngah tunggu ari jerk nih...lastly..gi jugak...bkn per..kila ske berkumpul-kumpul ngn fam sebelh asben...diorang sporting habis!!!...(thanks to maksu n makcik ana...)

pagi2 (18/12/2010) kami ramai2 gi pantai...tuk wat riadah..huhu..yg best nyerk kami wat tarian poco-poco...sume sporting hbs..kila xjoin ler...agak2 la..kang terberanak kang..hikhik...
pas balik dari pantai..kami wat aktiviti kt kolam renang di apartment yg kami sewa..kila xmandi pon...jd jurucam xbertauliah jerk...hikhik...








malam lak..kami round2 kt pantai gak...tgk pertandingan perahu berhias...betul2 dibelakang HARD ROCK HOTEL..best gak..walaupon kila memang penat sesangat...









shhh!!~de lagik pic..t kila upload..





17 December 2010

seMAkin hARI, seMAkin sAyang...







sayang abang..
cinta abang...
segalanya hanya untuk abang..
tak sabar nak tunggu kelahiran 'permata cinta' kita...
moga 'dia' akan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kita..amin


shhh!!!~tibe2 jadi jiwang..wekkk!

38 weeks...2 weeks to go..!

genap sudey kila pegnen 38 minggu..jap jerk..sume orang xsabo-sabo nk tgk bb kila..hikhik..
sume da tnyer2..hikhik..rileks kengkawan...my turn will be come..hikhik..

skunk kila xder lagi tanda2 nak bersalin lagik...cume rasa sengal2 de la..pergerakan bb jgn cakap la..aktif tol bb skunk nih..bb da xsabo nak kuar ek??

kalo iktkan ati ibu nih..nak cepat2 bb kuar..hikhik..
skunk kila da amalkan minum air selusuh n sapu minyak selusuh di pewot..
air rendaman akar siti fatimah pon kila da start minum...hope sangat kila leh bersalin normal..
akar ni hanya ble didapati di MEKAH jerk...bagus tuk ibu2 yang nk bersalin..


shh!!~bila ek bb ibu nak kuar??

16 December 2010

dugaan...

bila dugaan datang dalam 1 masa yang sama..??
berat tuk hadapi nyerk..

moga diberi kekuatan oleh-NYA...amin.

"Ya ALLAH..permudahkan segala urusan perjalanan hidup ku..
Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dari-Mu...
Sesungguhnya aku insan lemah..kuatkan segala kudrat ku,
semangat ku..jiwa rohani ku..dalam menghadapi segala cabaran dari-Mu...
Hanya pada-Mu aku berserah...
amin ya rabbilalamin.."


shhh!!~menguji..

Di SiNi Ku BerJanJi...

di sini ku berjanji
setia ke akhir nanti
berhias ceria atau bias duka
engkau tetap ku cinta..

di taman syurga ini
segalanya berakhir
gugurnya cempaka
harumnya berlalu
dan tinggallah ku sendiri

lagi dihina
sedang hati ku masih terluka
kau bukan seperti yang aku kenali
waktu kita bercinta

mengapa tak seperti dulu..
di waktu kita bercinta..

sepinya taman ini
sunyilah lagi rintihan tangis dihati
ingin ku lenyapkan
namun di kejernihan air wajah mu ku terbayang..

tak percaya..kau berubah sekelip mata
benar ku bagi mu salah..
mungkin alasan semata..

takkan cinta hadirnya sekilas cuma..
yakin ku disudut hati...
aku masih kau cintai..


ni lagu by DaTo Ct Nurhaliza..kila ske lagu nih...


shhh!!~hanya ALLAH jerk yang tahu..^_^

15 December 2010

bb semakin moving...gulp!


ari ni kila da pegnen 37 weeks 6 days..
memang rasa lain..xrasa mcm biasa..makin nk dekat bersalin nih..bb makin aktif bergerak sana sini...bb paling ske side kiri..kekadang tu nampak bonjol jerk kt sebelah kiri pewot kila nih...


skunk nih...bb dok moving ke bawah...ble rasa..ramai member2 tegur pewot kila da 'turun'..
tapi kila xder lak rasa letey sesangat ke..makin 'segar' de la..hikhik..sampai orang ckp xmcm orang pegnen jerk..hikhik..


nak wat mcm mn..kila xske manja2 kan diri..maksudnyer xmo la guna alasan pegnen nih kila kena malas2..nop2 ek..!


kila ske motivasikan diri..positive thingking..senyum2 selalu..tipu la kalo xder rasa stress kan..tp kila xkan biar melarat..coz yg akan dpt effectnyer t bb kila gak..cian dier..so...penting sesangat kite kena pandai handle 'diri' kite nih masa pegnen..


so kila de 2 weeks to go lagi nak jumper bb kila..perasaan memang teruja..bercampur takot sama..ye la..1st experience nk lalui...hopefully ALLAH s.w.t permudahkan segala urusan kila..amin.




shhh!!~moga ALLAH s.w.t limpahkan rezeki kila n suami..amin.


14 December 2010

checkup...

td checkup di klinik kesihatan desa..lastweek on Friday di GH..still kena checkup kt tempat biasa..xper..lagi 2 weeks to go jerk lagi..sabo jerk la..

HB : 13.4 (penting nih..untuk nutrien sampai pada bb)
berat ibu : turun 0.9kg (mcm xcaya jerk..hikhik)
BP : 110/60

result sume ok..bb pon dengup jantung pon normal..alhamdulillah..mulai skunk kila da kena checkup 1 weeks sekali..coz da dekat kan..gulp!..erm..nurse ckp..anytime leh bersalin..td nurse bgtau tanda2 nak bersalin..

3 tanda2 utama bersalin:
-pecah air ketuban
-turun darah
-perut rasa sakit n mengeras

kila xder la rasa lagik..cume kekadang rasa sakit2 sikt di pewot n di bawah nih..nurse ckp tu perkara biasa..bb ngh test nk kuar..hikhik..

lagi brp ari jerk lagi kila nk cukup 38 weeks..hope segalanyerk dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t..



shh!!~kena marah ngn doc td...coz minum milo boh susu pekat manis..huhu

12 December 2010

erm...


if xpk..
tah la pe akan jd..

if xder kekuatan...
xtau ler pe akan jadik..

if xder rasa..
xtau la pe akan jadik..

if x kerna dier..
xtau la pe akn jadik..

if dapat undur masa..
alangkah bgs nyerkkk (^_^)



pe yang kila mepek weekend2 nih..huhu..segala nyer 'if' jerk...huhu..
kalo de orang tnyer kila.pe yang jd kekuatan kila dalam menghadapi segala cabaran n dugaan hidup..??

simple answer...

perempuan ni lain..walaupon hati kita nih da banyak kali terluka @ sakit..tp pompuan nih still leh senyum..still leh wat seperti tiada pa pe yg jadik...walaupon sebernarya lam hati..ALLAH s.w.t sajerk yg tahu..


if anything happen...y pompuan lebih ske diam..?coz pompuan xske perbalahan...if terjadik gak..hati pompuan mesti akan trs disakiti..kila berlajar dari pengalaman sekeliling..




"Tak guna ada MATA..jika x dapat MELIHAT...
Tak guna ada HATI..jika xtau MENILAI.."

sama2 la kita muhasabah diri...




shhh!!~~bb adalah kekuatan utama kila kini...(^_^)

11 December 2010

story on SaTurday..

ari ni dok umah...malas lak nk gi mn2..td kila gi jumper bidan kampung,minta bidan tgk2 pewot kila..huhu..sebenarnya kila gi minta bidan tu wat minyak selusuh..tapi frust giler coz bidan tu tertukar minyak tanak yg kila bawa ngn orang len..sedey tol..coz minyak tanak tu tok asben kila watkan..

asben kila pon cam kecewa jerk..erm..nk wt mcm mn..xder rezeki...xper la..hope ALLAH permudahkan kila masa kila nk bersalin nanti..kila nak sangt bersalin normal..amin.

kila nk say congrats pada member kila yang da selamat bersalin bb gurl pada 9/12/2010..chumell gilerk bb dier...gebus!..dier bersalin 2 weeks awl dr due date..

gulp!

kila lak mcm mn ek??hehehe...kila da ready segala kemungkinan...hope sesangat segala nya dipermudahkan..amin.

10 December 2010

checkup @ HoSpital bersalin pEnang..

ari ni checkup kt klinik ibu mengandung @ Hospital Bersalin..cam gerun jerk..hahaha..
sampai2..mak ooiii..ramai giler ibu2 pegnen..bermakna ujung2 thn nih ramai yg akan bersalin...

memang ramai giler...asben kila smpai tertido lam keta..coz dier br blk keje malam..trs teman kila gi sana...

1st kena daftar dulu..pastu kena urine test..pas tu kena scan bb..lastly br jumpa doc..kila smpai kul 9am mcm tu...bis sume kul 12.30pm!!!..seb bek la b4 gi kila da mam..kalo x..mau pengsan per...

today gak doc kt situ kasi MC..hehehe...coz da 1/2day..malas da nk masuk opis...so..blk umah rest..

masa jumper doc..diorang suspek bb kila besar..scan td ok jerk..bb 2.9kg..ok la kan..kila da 37 weeks..erm..2 weeks to go kila kena gi lagik...erm..tah2 waktu tu kila da bersalin pe..hahaha..

da ujung2 nih..bb sgt aktif..amboi bb ibu nih..xsabo nk kuar ke..???ibu pon xsabo nk jumper bb..namo pk sakit ke pa pe ke..nk pk bb jerk...so xder la ibu stress..huhu..


shhh!!~saat2 nih..nak mam segalanya..hahaha..

09 December 2010

today genap 37 weeks..3 weeks to go..


alhamdulillah...ari nih genap 37 weeks kila pegnen..ZON SELAMAT!!..bermakna bb kila da cukup bulan..bb kila da siap tuk dilahirkan bila2 masa pon...gulp!

saat nih memang excited nak tgk bb..lam masa yang sama takut gak..hope everything will be fine..kila kekadang de rasa sengal2 bwh pewot..kekadang rasa sakit belakang...erm..tanda2 bersalin spt air ketuban pecah @ turun darah xder lagik...tapak kaki memang de rasa sakit sikt..tp kaki kila xbengkak sgt..biasa jerk..

hope bb kila leh tunggu sampai next week..coz kila n asben nak bercuti ngn fam asben di Batu Feringgi...kami sewa apartment di Bayu Mas..berdepan dgn Bayview Hotel..sempat lagik tau nk g bercuti nih..hahaha...kila n asben da ready ngn segala kemungkinan...barang2 bb n kila da siap packing lam beg..siap boh lam kete lagik..pa pe jd trs gi spital...

esok 10/12 kila kena gi GH a.k.a Hospital bersalin..tuk finally checkup...huhu...

doakan kesihtan kila n my bb okey...

shhh!!~~saat nih..pewot rasa ringan la plak..gulp!

08 December 2010

tanDA-TanDA hampIR BersALin


Apakah tanda-tanda hampir bersalin?
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
-sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
-kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
-sakit perut, memulas
-kerap buang air besar
-kerap terkentut



Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir



-Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
-Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.



Sakit belakang



-Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
-Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
-Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
-Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.



Pecah air ketuban



-Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis



-Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
-Kontraksi yang tetap dan berterusan
-Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.





skunk kila cume rasa sengal2 kt pewot..kaki memang sakit..n de member tegur muka,hidung n mata kila bengkak..tu salah 1 tanda2 da hampir bersalin...ye ke?..gulp!..yang penting kila harap kesihatan kila n my bb sentiasa ok..amin..



bb ibu...de lagik 24 days to go ibu nk jumper bb...moga bb kuar t ngn baik ek..(pesanan ni slalu kila ckp kt bb...smbil urut2 pewot..hikhik)




shhh!!~moga ALLAH s.w.t permudahkan segala urusan kila..amin


06 December 2010

sekadar suKE-sUKi..




hahaha..

tol ke muke bb kila mcm nih??...kila surve lam tenet laman web nih...upload pic kite n pasangan..then tgk mcm mn rupa bb kita..


ni sekadar ske2 jerk...sebetulnya ALLAH s.w.t menentu segalanya..


hope bb kila sihat n sempurna sifat selayaknya manusia..amin.


if de sesapa nk try tgk muka bb korang..

klik laman web nih www.makemebabies.com


enjoy ek!!
shhh!!~love our bb..

05 December 2010

ceLebraTe AnniverSAry..(^_^)



sempena anniversary...kami plan lunch kt RESTORAN PEN MUTIARA..kila tau tempat tu pon masa opis wat makn2 kt situ..no bad la..enviroment kt situ pon ok..menu yang best kt situ mesti la kari kepala ikan..seedddaap sgt..kila mam smpai licin..hikhik..
ngan keadaan yang boolaat nih..kila still ble jejalan lagik..semangat lagik..bb pon xwt ragam...baik jerk bb ibu nih...




huhu..pas mam..kami gi GIANT jap..gi bli brg2 sikit..5.30pm da smpai umah...trs 'bum' ats katil..sakit kaki..

^_^

haPPy 1st aNnIVErsary (^_^)

today genap 1 tahun perkahwinan kila n asben..jap jerk da 1 tahun..rasa br semalam jerk diijabkabulkan...eheks..syukur pada ALLAH s.w.t kerana memberi kami peluang menjalani kehidupan sbg asben n wife..semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami..amin.

sempena anniversary nih..kila nak cite sikt mcm mn perkenalan kila n asben...huhu..

sebenarnya kami 1 skolah menengah dulu..memang kenal ler..cuma kelas jerk lain2..start kami rapat masa form 4..tp as a friend ek..no more.hehehe..sbb kila ni jenis yg sush nk kapel2..(eceh...!).

kami slalu gak stdy sesama..nk SPM masa tu..kila jd tok guru MATHS tuk asben...coz asben lemah sikt lam subjek tu...asben lak terer lam subjerk SEJARAH..kila masa tu agak lemah gak lam subjek tu..rasa tercabar lak..so lam ujian @ exam..kami akan bertanding.. siapa yang dpt score rendah..kena kasi present pada yang score tinggi..huhu..mcm2 present la kila dapt dr asben..(score tinggi lam MaTHS...hikhik..)...asben slalu score lam subjek Pen.Islam..lam kelas tambahan pon kami 1 kelas..so memang da jodoh la kan..huhu..

asben masa tu sgt caring pasal kila..slalu kasi milo ais..hikhik..coz kila ske milo ais..kila dok asrama..dier slalu hantar..tambah2 kalu kila majuk..milo ais tu la yang dikasi gak..hahaha...

1 day..asben luah nk kwn lebih close lagik ngn kila..adei...muka kila da nek merah..MALU!!..ayat yg asben ckp masa tu..yg kila ingat sampai sekarang.."aku suka hang"
hahaha...sampai skunk kila ske usik asben guna ayat2 tu..asben t wat 'dek' jerk..cover malu..kihkih..

pas SPM baru kami serius..tp masa tu..kami continue stdy..asben di sarawak..kila di pahang...so telepon la jd penghubung..jenuh gak la cr uit syilling satu kantung..nk call..hahaha..hp pon kekadang xlarat nk topup da..

kami bis stdy thn 2007..masa tu sibuk cr keje..xpk langsung pon pasl kawen..coz masa tu dua2 hidup sush..19/1/2009 kami ditunangkan..dan 5/12/2009 adalah our big day..kami d'satukan as a wife n asben..

bila teringat kenangan lalu..lama tol la kami kenal..hampir 8thn kapel!!..xsangka leh bertahan..dugaan ade la gak..

today..da genap 1 tahun kawen..4 weeks lagi..kami akan menerima kehadiran 'orang baru'..tanda cinta kami..mcm mn la rupa bb ek??..

muka kila+asben=bb

^_^

xsabo nak jumper bb..semoga bb lam keadaan sihat n sempurna sifat selayaknya manusia..amin.


shhh!!~percintaan perlukan pengorbanan..

02 December 2010

36 weeks...4 weeks to go!!


alhamdulillah..ari nih genap kila pegnen 36 minggu..tinggal 4 minggu je lagik..
hope kila n my bb diberi kesihatan yang baik..amin.


pergerakan bb lam perut memang terasa saat nih..bila kila baring..ble nampak gelombang bb gerak..xtau la pe yg bb ibu wt kt dalam nih..hikhik..


kila pon kekadang rasa agak letey..but i'm still strong...huhu..still drive kete lagik..bkn xmo asben hantar..cume kekadang kila de hal keje...so nk gerak sana sini susah..kila lak jenis yg xske nk sushkan orang...so selagi kudrat nih masih kuat..bik wt sendiri..


^_^


10/12 nih kila kena gi Hospital Bersalin di town..kena wt checkup..masa tu kila da cukup bulan..gulp!

hope sgt sume ok..


bab persiapan bb...weekend nih plan ngn asben nk beli brg bb yg mn xder lagik..mybe tilam bantal n katil bb..skunk ngh SALE kan..so pe lagik..lets shoppinnngggg!!


18/12 nih fam seblh asben nk bercuti..plan ramai2 gi The Carnival@ Sungai Petani,Kedah..menginap di resort pe tah..(lupa lak..)

kila xpasti lagi join or x..my mom n my grandma xkasi gi..coz masa tu kila da sarat sgt da...huhu...diorang takut tetibe kila nk bersalin kang..jenuh..hahaha...


asben pon mcm berat jerk nk bawa kila..mybe dier akan gi hantar my mother in law n adik2 ipar kila gi sana..pas2 dier blk..cian lak kt asben..huhu...

xper yunk..kalo wife anda nih masih sihat n kuat lagik masa tu..kite gi eks!



sshhh!!~moga kila dipermudahkan ALLAH s.w.t lam segala hal..amin


01 December 2010

DISeMBer (^_^)

pejam celik da smpai ujung tahun...cepat nyerk masa berlalu..
rasa mcm2 perkara lom settle n dapat pe yg diinginkan...

^_^

DISEMBER??

erm...bulan yang penuh makna..bulan ni adalah ulangtahun pertama perkahwinan kila n asben..da nak masuk 1 tahun perkahwinan kami..so sweet..

nk wt pe ek??suprise pe nk kasi asben ek..??mcm2 lam pale otak nih..

n masuk bulan ni gak..bermakna kila de SEBULAN jerk lagi nk bersalin...gulp!
excited nk jumper bb ibu nih..n berdebor sama coz xtau feel mcm mn
bersalin..moga ALLAH permudahkan segala hal..amin.

harapan kila gak..hope sebelum berlalu nya tahun 2010..kila dapat pe yang kila harapkan selama ini...Moga ALLAH perkenankan doa kila selama ini..demi masa depan kila, asben n our bb..amin.


shh!!~hope dpat good news...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...