Followers

27 August 2011

ceritera ini...

ramai yg ask me sal mcm mn keadaan kila leh pegnen tuk kali yg ke-2 nih..?
exceli..kila sendiri pon terkejut...ye la..entri br2 nih kila cite sal Cik P yang xdatang..then cite sal UPT negatif..3 4 kali test..result still sama..
so..latest stori lak..sal kila mam ubat kasi period turun..dan bila Cik P xdatang jugak..kila stop mam ubat...
last week..kila memang feel something...my body rasa x besh!
..then de 1 nite lam bulan Ramadhan..kila dapat mimpi,mimpi kila pegnen!

tapi..kila x bik port bab mimpi tu coz ingat sekadar mimpi...then my BabyAzra lak..suke isap ibu kaki..bila kila tepis kaki dier..dier isap lagi....orang tua2 cakap..kalo anak kita isap ibu kaki, makna dier akan dapat adik..
hurm..

rupanya itu sume petanda yg kila xsedar....
last friday, kila blk keje..kila nak sgt jumper doc feveret kila...so kila singgah la klinik dier..cite la blabla kt doc..
doc say 'apendiks kot....xper..i test UPT lagi sekali'..kila pon ok jer la..pas wat test tu pon kila xder perasaan pon..konfiden ja.
pas tu kila sembang balik ngn doc..then doc panggil pembantu dier..how result ya??
POSITIF doc!

haaaaa....kila siap bgn tgk lagi test UPT tu...OMG!
2 line!
eh...biar betul nih..
doc soh kila gi pakar tuk sahkan..

so..monday mornink..kila n en.asben da gi jumper doc pakar.
doc trs scan...then...taaaadaaaa..nampak sudey....doc sahkan baru lagi...
lam 5 6 weeks.
banyak yg kila n en.asben bincang ngn doc..

kila n en.asben anggap ni rezeki buat kami...ALLAH Maha Mengetahui kan...kila rasa bersyukur sangat.
thanks pada member2 fb n blog yg wish me n kasi support.
really terharu.

skunk kila memang da alami simptom2 pompuan mengandung,.
-doakan kila n my bb baikbaik aje ya..-




26 August 2011

raya!...raya!

today lastday keje..mood raya jgn kata ler...adeeeiii..meresap lam jiwa..mcm2 de rasa nih..
persediaan raya thn nih sure la lebih pada my bb jerk...ibu & ayah biasa2 jerk..kihkih.

tahun ni kila beraya di Penang..my mom, my adik n my kakak sume beraya di kampung di Perak..umah my opah..huhu..sedey gak xdapat balik..tapi pe kan daya..raya kali ni kila sibuk sikt di rumah mertua...
xper la...next time kila balik...

raya tahun ni kila mcm biasa akan ziarah kubur arwah abah...really miss him!
walaupon kila gembira mcm mn sekalipon...abah tetap insan pertama yg kila akan ingat bila tiba hari raya..
memang terasa kehilangan abah...tapi...life must go on kan....
semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh & semoga roh abah dicucuri rahmat-Nya..amin.

raya tahun ni gak..xsangka kila preggy gak...hehehe..last year raya, BbyAzra lam pewot gak...so thn ni pon kila raya lam keadaan preggy gak...rezeki kan...semoga kila dan keluarga sentiasa dilimpahi rezeki..amin.

so...dikesempatan ini..

kila menyusun 10 jari..memohon ampun & maaf diatas segala salah silap kila, perbuatan kila, terlanjur kata kila..harap dimaafi ya...

selamat hari raya maaf zahir & batin.



23 August 2011

sekali lagi...^_^

syukur x terhingga diatas rezeki-Mu...
tak terkata..tak teruncap dgn kata-kata...aku menerima segala apa yg telah Engkau takdirkan buat ku....kerna ku pasti, Kau lebih mengetahui..semoga aku sentiasa dibawah lindungan-Mu Ya ALLAH...

Akan ku pikul amanah yg telah kau serahkan kepada ku sebaik mungkin...

19 August 2011

Just for information...

Bila tak datang Haid

E-mailPrintPDF

APABILA HAID TIDAK DATANG

Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.
  Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.
Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.
Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit.

Tanda Kehamilan

Kehamilan adalah punca utama kelambatan atau tidak datang haid bagi wanita berkahwin yang tidak mengamalkan sebarang kaedah mencegah hamil. Seelok-eloknya, berita ini disambut dengan rasa gembira khususnya bagi mereka yang sedang berusaha kuat untuk mendapatkan cahaya mata.
Berita seperti ini memang dinanti-nantikan oleh pasangan yang kurang subur atau mandul dan yang sedang menjalani rawatan untuk meningkatkan kesuburan mereka. Alangkah hampanya jika pada hujung bulan darah haidnya turun semula.
Tidak semua gangguan haid ini menandakan kehamilan kerana ada kalanya wanita yang terlalu ingin dan ghairah untuk hamil tertipu dengan kelambatan haid walaupun sebenarnya dia tidak hamil.
Ini adalah disebabkan oleh pengaruh psikologi atau kejiwaan kerana wanita itu terlalu sangat berkehendakkan kehamilan.
Keadaan itu mempunyai pengaruh pada sistem kawalan hormonnya sehingga haid yang sepatutnya datang pada bulan tersebut terhenti dengan sendiri.Kelambatan ini tidak menandakan kehamilan. Ia hanyalah menandakan satu gangguan dalam kawalan hormon yang berpunca daripada pengaruh jiwa.
Oleh yang demikian, apabila haid terlewat dalam masa dua minggu, dia perlulah menjalani ujian kehamilan seperti ujian air kencing ataupun ujian ultrasound. Tujuannya ialah untuk memastikan apakah kelambatan itu benar-benar berpunca daripada kehamilan, sebelum dia dapat berasa gembira dan yakin dengan kelewatan itu.
Wanita yang belum bersedia untuk hamil pula, sebaik-baiknya janganlah mengambil tindakan melulu untuk memaksa haid keluar apabila terlambat beberapa hari. Saya kerap kali menemui wanita yang datang ke klinik untuk mendapatkan nasihat setelah mereka memakan pucuk betik, putik nanas, jamu, ubat singse atau ubat moden dengan harapan usaha ini boleh memaksa haid turun semula setelah beberapa hari terlambat.
Ramai wanita salah faham dengan memikirkan jika haid terlambat boleh dipaksa keluar dengan mendapatkan suntikan doktor. Sebenarnya, jika kehamilan berlaku, segala usaha sama ada secara tradisi ataupun perubatan moden tidak akan berjaya memaksa haid keluar, malah usaha itu boleh menimbulkan bahaya besar terhadap kandungan jika kehamilan kekal.
Ada kemungkinan kandungan boleh menjadi cacat; cacat anggota, pancaindera atau kecerdasan otak. Usaha dan perubatan seperti ini patutlah dijauhi sama sekali.

Tanda Penyakit

Secara purata, seorang gadis mula datang haid dalam lingkungan umur 12 hingga 13 tahun. Ada juga yang mengalami masalah haid lambat datang. Satu pertanyaan yang selalu dikemukan, sehingga umur berapakah, perkara ini boleh dibiarkan dan bila nasihat dan pemeriksaan doktor diperlukan?
Menurut pandangan saya, seorang gadis yang berumur 18 tahun dan belum lagi datang haid perlu mendapat pemeriksaan dan ujian yang sewajarnya untuk menentukan punca masalah ini.
Mungkin ini perkara biasa yang digelar delayed menarche iaitu kelewatan datang haid yang normal. Apa yang membimbangkan kita, munkin hal ini satu tanda penyakit seperti ketumbuhan dalam otak, khususnya di kilang pituitari yang mengawal edaran hormon.
Hormon inilah yang bertanggungjawab terhadap pusingan haid. Mungkin juga kelewatan itu berpunca daripada masalah pada kilang ovari ataupun rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna.
Masalah itu hanya boleh dipastikan setelah gadis itu menjalani beberapa jenis pemeriksaan termasuklah ujian darah dan kadangkala ujian yang memerlukan satu pembedahan kecil seperti laparoskopi.
Saya pernah menemui beberapa kes seperti ini di klinik saya. Gadis yang terbabit mengalami masalah kilang ovari atau rahimnya tidak tumbuh.
Kadangkala keadaan ini boleh juga disebabkan oleh ketiadaan saluran faraj. Kilang ovari atau rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna tidak dapat diberi rawatan dengan memuaskan. Walaupun mereka boleh berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin, biasanya tidak boleh hamil. Tegasnya dia akan terus mandul.
Ada juga gadis yang lambat datang haid disebabkan oleh kehilangan deria bau. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sesuatu masalah yang timbul pada pusat bauan dalam otaknya dan seterusnya melibatkan atau mempengaruhi kawalan haid.
Selaput dara yang terus tertutup juga boleh menyebabkan seseorang gadis itu lambat datang haid kadang-kadang sehingga berusia 18 tahun. Gadis yang mengalami masalah ini, selalunya berasa sakit setiap kali datang haid dan ada kalanya pula dia terasa semacam ada satu ketumbuhan atau bonggol pada bahagian bawah perutnya.
Jika keadaan in berlarutan kemungkinan gadis berkenaan juga atau mengalami masalah tidak boleh buang air kecil kerana takungan darah dalam kemaluan telah menghimpit saluran perkencingan.
Gadis ini sebenarnya mengalami haid setiap bulan tetapi semua darah kotor berkumpul atau bertakung dalam saluran faraj oleh kerana selaput daranya tertutup. Doktor akan membuat satu pembedahan dan ini tidak memberi kesan buruk kepada kesuburan dan kejelitaannya. Hubungan kelamin juga tidak terjejas apabila dia berkahwin kelak.

Pusingan Haid Terganggu

Satu lagi masalah yang mungkin dialami oleh wanita ialah gangguan pada pusingan haidnya. Pusingan haid yang dulunya teratur, kini datang sekali dalam tiga bulan atau enam bulan atau mungkin tidak datang langsung selama setahun atau lebih.
Keadaan yang digelar secondary amenorrhea ini munkin disebabkan oleh kejadian tumpah darah ketika seseorang wanita itu bersalin atau ketika dia keguguran. Tumpah darah ini berlaku dengan amat banyaknya sehingga menimbulkan masalah kejutan atau shock dan ini boleh merosakkan kilang hormon pituitary. Akibatnya haid tidak berlaku dan ini boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita.

Ketumbuhan Dalam Kilang Pituitari

Jika wanita tersebut tidak mengalami masalah tumpah darah, gangguan haid munkin disebabkan oleh ketumbuhan dalam kilang pituitary, khususnya ketumbuhan yang mengeluarkan sejenis hormon prolaktin. Biasanya, bagi wanita yang mengalami masalah seperti ini, buah dadanya akan mengeluarkan air susu. Air susu kadang-kadang keluar dengan sendirinya, dan dalam kebanyakan kes ia perlu dikeluarkan dengan memicit puting buah dadanya sama ada dilakukannya sendiri ataupun boleh doktor yang memeriksa.
 Apabila diuji darahnya untuk menyukat hormon prolaktin, didapati hormon ini melambung tinggi. Dalam hal demikian, penting baginya menjalani pemeriksaan X-ray pada kilang pituitary dalam otaknya.
Sebahagian besar wanita yang saya rawati tidak mengalami sebarang ketumbuhan, hanya setakat kilang pituitarinya mengeluarkan hormon yang berlebihan menyebabkan haidnya tidak datang dan buah dadanya mengeluarkan susu.
Biasanya wanita ini  mengalami masalah tidak subur atau mandul. Ketumbuhan di kilang ini juga boleh menekan urat saraf penglihatan menyebabkan daya penghilatannya terganggu. Wanita tersebut selalunya saya berikan ubat khusus iaitu ubat Bromocryptin sehingga pusingan haidnya pulih semula atau sehingga dia hamil. Jika ada ketumbuhan pada kilang pituitary, ia menjadi kecut dan pulih sediakala.

Penyakit Pada Sistem Hormon

Ketiadaan haid  juga boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan system hormon. Antara masalah atau penyakit ini, melibatkan kilang tiriod di leher atau kilang adrenal yang terletak berdekatan dengan buah pinggang. Penyakit ini boleh menimbulkan masalah tidak datang haid.

Pil Pencegah Hamil

Wanita yang menggunakan pil pencegah hamil kadangkala mengalami masalah ini, tetapi bilangan mereka adalah tersangat kecil. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila pengambilan pil kontraseptif dihentikan dan seterusnya wanita tersebut diberi rawatan ubat penyubur.

Terlalu Gemuk

Wanita terlalu gemuk juga mengalami masalah kelambatan atau ketiadaan haid. Kegemukan akan mengganggu pertimbangan hormon dan seterusnya mengganggu kawalan haid. Saya ingin menasihatkan wanita yang gemuk supaya mengurangkan berat badan dan bagi mereka yang belum menjadi gemuk pula, jagalah timbang berat supaya tidak mengalami masalah ini.

Masalah Kejiwaan

Wanita yang mengalami masalah kejiwaan seperti kesedihan, penyakit jiwa seperti psikosis atau wanita yang sedang dalam rawatan ubat tenang fikiran, boleh juga mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.

Tekanan fizikal

Bukan sahaja tekanan mental boleh mengganggu kedatangan haid, malah tekanan fizikal seperti seseorang wanita yang bekerja kuat, berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau terpaksa bertungkus lumus bekerja dengan menggunakan tenaga fizikalnya boleh  mengalami  masalah  kelambatan atau tidak datang haid.

Rawatan Penyakit Kanser

Wanita yang menjalani rawatan secara pancaran radiation atau radioterapi oleh sebab penyakit kanser pangkal rahim, juga akan mengalami masalah tidak datang haid. Wanita ini mengalami apa yang digelar keadaan putus haid lebih awal atau premature menopause.
Ini disebabkan oleh bahang radiation yang membunuh sel dan tisu pada kilang ovari selain daripada membunuh sel dan tisu kanser pada pangkal rahim.

Pembedahan Hysterectomy

Wanita yang telah menjalani pembedahan hysterectomy untuk membuang rahimnya, juga tidak akan mengalami keluaran haid. Dalam hal demikian, darah haid tidak terjadi langsung. Ini tidak membahayakan seperti anggapan kebanyakan wanita yang kononnya darah kotor bertakung dalam badan serta menimbulkan pelbagai jenis penyakit di kemudian hari.

Wanita Yang Menyusukan Anak

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.
Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa factor. Ada sesetengahnya langusng tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.

Akhir kata, setiap wanita yang mengalami satu kelainan dalam pusingan haidnya, patutlah segera mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor pakar sebelum mengambil tindakan bersendirian. Jika wanita ini mengandung dan mengambil tindakan melulu, ini mungkin membahayakan kandungannya. Pemeriksaan juga penting untuk mengesan penyakit yang saya nyatakan tadi. 


--kila dapat artikel ni masa search tenet....urm...---

18 August 2011

mood raya!!

mood raya da de nih..misi mencari baju raya bermula this week...baju si kecik,baju kila n en.asben..huhu..
xsabo ni...bonus da dapat..hepihepi..rasa nak gulingguling..

lastyear..beraya berdua..this year..si kecik da kuar...haaa...da bertiga...yg pasti persiapan lebih kepada bb la..
nak kasi bb pakai comelcomel kiutkiut..hehehe.kurang 2 weeks jer lagi nak raya...huhu...cepat nyerk masa kan..
Rasa meriah tahun ni sebb de si kecik tu..tambah2 skunk dier da bijak skunk nih..hehe..kila n en.asben xlarat nak layan kerenah bb...bukan xlarat pe..nak tergelak ngn sikap bb...geram!

tahun ni..famili kila sume beraya kampung, di Perak...huhu..kila jerk raya Penang...sebb raya nih de hal yg xdpt dielakkan..hurm..xper la...janji si kecik de ngan kila..hehehe.

haaa..tema raya tahun nih...warna OREN okeh...hehehe..lastyear warna Merah makngah..so thn ni kila pilih warna oren..

15 August 2011

15 hari da puasa & 15 hari lagi nak raya!!

jap jerk da posa 15 hari kan??
masa berlalu cepat tol...
skunk lagu2 raya da dgr..today 1st time kila terdengar lagu raya kt radio...lam kete.huhu..lagu M Nasir nyanyi..SATU HARI DI HARI RAYA...owh!..sgt menyentuh hati tol...
kila kalo bab2 raya nih...sensitif sikit...bukan x hepi..cuma...rasa sedih sikit.

kalo dikira-kira tahun nih raya, kali ke-17 tahun kila beraya tanpa abah tersayang..haaaa..kan da rasa nak nangis nih..kila sgtsgt close ngn arwah abah..erm...dulu masa kecik..kalo abah gi mana2..kila mesti ada..abah gi main sepak taqraw ke..kila ikot abah..lepaklepak minum air sirap n makan apom...arwah abah suke bawa kila round2 nek moto..

oh...sgtsgt syahdu nyerk..

erm..nak kongsi gak...today besday my asben...yg ke-25thn..huhu..suprise pe la yg kila nak wat ek??
nk wat yg simple2 jerk..kang wat suprise sgt..en.asben xder feel pulak..hahaha...


shh!!~en.asben da dapat bonus...wah...nak pujuk2 la nk d'lanjerk kan.huhu..


12 August 2011

bonus raya lagi..

haa..lam reramai konpius bila sebenarnya date dapat bonus raya tuk tahun nih..tuk staf gomen..
de yg ckp 15/8 nih..de yg cakap dapat sekali ngn gaji 24/8..banyak sgt uraura n cakapckap gosiping nih...
erm...so kila pon nak cakap gak bab date sebenornya sal bonus raya nih..

so..mn2 staf gomen...jengjeng..
date sebenarnyaaaaa...

18/8/2011..!!!

hahaha...jauh menyimpang dari yg di ura-urakan...exceli..date ni pon kila dapat tau dari sumber yg dipercayai..
so..pe lagik..pas cuti Nuzul Al-Quran (17/8)..kite pakat2 ke ATM..tgk de @ x..kalo ade..alhamdulillah..
kalo xder...jgn marahmarah kila ek...hahahaha..

berbelanja la mengikut kemampuan ek..
eceh..pesan orang pandai..diri sendiri nih??..kila da padai berjimat tau...

chow!


09 August 2011

Alhamdulillah...rezeki anak...

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

 
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. 



Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 



"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. 



Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA 




shhhh!!-sukasuka sgtlah bite nih..alhamdulillah...

08 August 2011

hati saya...

bersabar lah wahai hati...dan..... bertabah lah menghadapinya... kerana tidak semuanya perkara dlm hidup ini dapat dilalui dengan mudah... mungkin ade yg terlebih di sini.. dan jugak terkurang disana... maka harus bersabar dan terus bersabarrrrrrrr.... 
perlu bersyukur kerana masih berada di tahap yg terbaik di kala ini... Alhamdulillahhh...


si DIA inilah penguat hidup saya kini..
kerana dia...saya bertahan..
*life must go on*

continue *_*

korang..
kila da wat test UPT...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
resultnya..
.
.
.
.
.
.
.
NEGATIF!!!
legaaaa tau...thanks pada yg tnyer2 ek..tp kan...cik P still xdatang..kila da mam ubat kasi cik P nak turun,
menurut salesgirl d'farmasi tu...cik P akan datang after 1 weeks kila mam ubat tu...erm..today da ari ke-5..makna nyerk de 2 ari lagi..

tanda2??
cam biasa....sakit pinggang n moody ok...hehehe..
hope cik P datang la...takot lak de kes yg ckp..test UPT ni kadang2 xleh cayerrr...
lgpon bila xmai peod nih...rs cam best jerk badan nih...

04 August 2011

*_*

erm...korangkorang...
erm..erm..
i'm so worried laa..
sgtsgt worried..

canne nih?canne??
b4 ni kila xkisah pon..
tapi ri ni...
tetibe jadi takot lak..
risau nih...risau nih...

alolololo..
sgt risau nih...

kila sebenarnya..sebenarnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
da 1 bulan cik P xdatang.....

ok la...byebye.

03 August 2011

untuk renungan...

1.Barangsiapa brsabar(atas ujian),maka baginya manfaat ksabarannya & barangsiapa murka(atas ujian),mka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi)


2.Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)


3.Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. (HR. Tirmidzi) :).. Jadi beruntunglah mereka yg diuji.. Tapi perlulah bersabor dan redha dgn ujian itu ye :)


Saat anda menangis sambil berkata: "Mengapa Allah membiarkan persoalan ini menimpaku?'
Katakan pada anda:"Kerana Allah Maha tahu bhw anda akan tumbuh menjadi org yg kuat!"
Bila anda mengeluh sambil berkata:"Mengapa persoalan ini tidak henti2 mghampiriku?"
Katakan pd anda:"Kerana Allah sedang mendidik anda dgn cara itu.Betahanlah! dan tunggu saat DATANGNYA Pertolongan ALLAH" :)

 

 

Baginda sll bdoa sprti brkt :

...“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”
mksdnya: “ya Allah, ssungguhnya aku blindung kpdMu dr kcmasan & ksdihan..”

Jgnlah kamu bsedih, ssungguhnya Allah sntiasa bsama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40) ..

 

~Dont Be Sad My Dear Friends...~

01 August 2011

Salam RAMADHAN

syukur..bertemu lagi kita dengan Ramadhan...cepat sungguh masa berlalu..
moga dibulan ini..kita sama2 muhasabah diri..perbaiki kelemahan diri n saling bermaafan..
moga Ramadhan kali nih..kita sume dilimpahi rezeki serta rahmat dari-Nya...amin.

Ramadhan kali nih..1st kila posa as a mother..huhu..lastyear posa..bb azra de lam pewot lagi...masa tu sgtlah risau,takot pa pe jd kt bb..tp alhamdulillah...ALLAH permudahkan segalanya masa tu..

now ramadhan...

kila n asben berpuasa with my bb...1st sahur pagi td...bb bgn sama...adeeeii..nak posa gak ker??
bb merengek..dah tu nak kt kila ja..xmo kt ayah dier lak...selalu ok jerk ngn ayah nyer..pepagi td lak bb xmo..jenuh la si ayah pujuk..lastly ibu dier gak pujuk...kila sibuk didapur..dier pon sibuk sama....hahaha.sib baik la kila da masak siap2 malam td..just prepare ayam masak kicap..permintaan en.asben..huhuhu.

masa kila n en.asben ngah sahur...bb da in da mood...siap gelakgelak n panggil ayah dier lg...haish!..bb2..geget kang!..hikhik.


owh.!..lupa nak kongsi ngan korang sume...lastweek kila sgtsgt hepi...kila get 2 gud news but same the meanings... ^_^
1st-kila akan dapat anak sedara baru...my sis pegnen anak ke-2..hoho..makin meriah t my fam...me??hahaha..lom lagik ke arah tu ek...
2nd-kila akan terima ahli keluarga baru gak...^_^

sYUKUR sgt...

Ramadhan kali ini sgt bermakna...amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...